Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Monday 22 October 2012

SAMSUNG GALAXY BEAM

SAMSUNG GALAXY BEAM




    Bosan melihat cerita sendirian, ingin berkongsi dengan orang sekeliling?? Inilah peranti yang sesuai yang sesuai untuk anda. SAMSUNG telah mengeluarkan telefon bimbit pertama menggunakan projektor, SAMSUNG GALAXY BEAM. Dengan harga RM 1599 ((WOW!!)), anda mampu memilikinya dengan warranty dari SAMSUNG selama setahun. Jom kita tengok apa yang  Ada pada model ini....(( SEARCHING.........)) 



 Memang menarik kan??? macam mana dengan STORAGE dan CAMERA plak??? 


Kamera depan 5 MP dan ada Secondary 1.3MP untuk Video Call


Mampu tampung SD sehingga 32GB tapi RAM yang rendah....ermmm...

Hampir sama dengan model smartphone yang lain tapi satu kelainan...PROJEKTOR......:)









AKTIF SEMULA.......

   
Salam semua, lama tak menulis blog ini tapi demi kerjaya aku sekarang yang memerlukan aku mencari pelanggan. Aku terpaksa mengaktifkan kembali blog ini kembali. Aku akan cuba meluangkan masa untuk update dan berkongsi ilmu kepada korang semua. Thanks kerana yang menunggu dan MARI KITA MULAKAN......:)

Wednesday 18 April 2012

INILAH DIRIKU

Hari ini OFFDAY, nak pegi mana ye.......

Jam 10:29.....Disebabkan offday, aq nak bngun lewat ckit......hehehe..... 
Plan macam nak kuar kejap nie...  Jalan-jalan kasi hilang itu bosan.......

Hari nie nak tengok kereta PREVE kat Proton Service..........

Memang lawa model kereta nie......kalo boleh nak pakai model nie.....

taklah mahal sangat....tapi mampulah dimiliki......hehehe.....

SEPA NAK JOIN AKU.....Jomlah.......:)


VIDEO DAN MUZIK

SELAMA INI (OST NGORAT) DARI AARON AZIZ........

  Fenomena Aaron Aziz di negara kita tidak asing lagi. Lelaki kacak berkelahiran Singapura menempah nama besar di Malaysia setelah kejayaan Telemovie Nora Elena dan Ombak Rindu. Macamana jika Aaron Aziz menyanyi?? sedap jugak aku dengar suara die.....hehehe.....


LIRIK LAGU SELAMA INI-AARON AZIZ...

Ternyata tak semudah
Saat kita masih berjalan bersama
Tempat yang kita tuju
Tak lagi terlihat seindah waktu itu

Seperti hidup tanpa tujuan

Saat kau pergi meninggalkan
Aku yang harus tetap berjalan
Sampai ku temukan jawaban

Tak selamanya kita

Bisa punya apa yang kita inginkan
Jalan yang kita tempuh
Tak lagi terlihat seindah seperti dulu

Seperti hidup tanpa tujuan

Saat kau pergi meninggalkan
Aku yang harus tetap berjalan
Sampai ku temukan jawaban

Seperti hidup tanpa tujuan

Saat kau pergi meninggalkan
Aku yang harus tetap berjalan
Sampai ku temukan jawaban

Sampai ku temukan jawaban

Waktu tak akan pernah mau peduli
Apa yang pernah dan akan terlewati
Ku sapa pahit dan manis silih berganti

Dan hidup akan terus berjalan

KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD : SELAMA INI- AARON AZIZ

(( Aaron Aziz dah start bernyanyi......confirm menang anugerah lagu terbaik silap2 nanti))

VIDEO

LIYANA JASMAY, CINTA BERSATU.

 

     Terbaru dari Liyana Jasmay , Cinta Bersatu........Kepada seseorang yang ingin menunujukkan penghargaan kepada insan tersayang...Lagu ini sesuai untuk anda.........

MTV CINTA BERSATU BY LIYANA JASMAY.........




DOWNLOAD SEBAGAI MP3.......

KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD : Cinta Bersatu- Liyana Jasmay


LIRIK CINTA BERSATU BY LIYANA JASMAY


Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku

Lebih dari mencintai dirimu


Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku

Dapat ruang cintamu


Hanya kamu saja

Yang mampu begitu

Tulus

Mengerti aku


Kau sempurna bagiku

Tak kurang sesuatu

Kau terima apa adaku


Ku sempurna bagimu

Tak kurang sesuatu

Cinta bersatu


Gayamu

Sifatmu

Cara mencintaiku

Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

 

(( Simple dan santai lagu nie.......layan.......))

 

Tuesday 17 April 2012

BOLA SEPAK

CHELSEA MENGANAS LAGI, MARA KE FINAL FA........

    Perlawanan separuh akhir menyaksikan Chelsea menentang Totenham. Chelsea yang dikendali oleh pengurus sementara, Roberto di Matteo dibarisi oleh  Cech (GK), Bosingwa (LB), David Luiz (CB), John Terry(CB), Ashley Cole(LB), Lampard ( CMF), Ramires(RMF), Juan Mata (AMF), Mikel (CMF), Drogba (CF) dan Kalou (LMF). Dengan meletakkan Drogba sebagai penyerang tunggal di bantu oleh Juan Mata banyak mencipta peluang-peluang cantik dan menarik.

Skill menarik dari Drogba


    Gol pertama dihasilkan oleh Drogba dengan skill yang mengelirukan pihak lawan dan menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Totenham, Cudicini. Selepas itu, serangan banyak dilakukan dari pihak lawan. Totenham menjaringkan gol atas kesilapan pemain Chelsea dan kecederaan yang dialami David Luiz. Gol menerusi gerakan cantik dari Adebayor yang hampir menewaskan penjaga gol Chelsea, Cech sebelum disudahkan oleh Gareth Bale yang memaksa Chelsea teringkat 1-1.

Jaringan pantas dari Gareth Bale


   Gol Kedua Chelsea hadir dari jaringan kontroversi Juan Mata yang ternyata tidak melepasi garisan tiang gol. Walaupun John Terry menjatuhkan pertahanan Totenham dan penjaga gol tapi tiada sebarang tindakan dari pengadil. Gol itu disahkan oleh pengadil dan merasakan rasa kurang puas hati dari pasukan Totenham.

Gol kontroversi dari Juan Mata
   Tekanan dari keputusan pengadil ternyata memudaratkan anak buah Harry Redknapp nie apabila dihukum dari gol cantik Ramires dengan 'mencungkil' bola melepasi penjaga gol Totenham  hasil umpanan Juan Mata  mengikat peluang Chelsea 3-1.

   Gol keempat hadir dari tendangan percuma cantik dari 'Super Frank' , Frank Lampard yang tepat ke kanan gol. Dan minit-minit terakhir, Malouda menambah koleksi gol kelima untuk Chelsea . Perlawanan separuh akhir berpihak pada Chelsea dengan 5 berbalas 1. Chelsea akan berdepan perlawan akhir menentang Liverpool 5 Mei nanti. Siapa akan memegang 'title' juara kali ini?? kita nantikan.......

Kelab manakah akan memegang title juara FA antara 2 pemain bernombor 8 ini?? Kita nantikan.....

Saturday 14 April 2012

BOLA SEPAK

LIVERPOOL vs EVERTON, Semi final FA CUP....

       Perlawanan separuh akhir antara Liverpool dan Everton berlangsung hari ini di Anfield, Liverpool, England.  Liverpool dibarisi pemain lagenda seperti Steven Gerard di samping pemain berbiasa, Luis Suarez pasti akan cuba membolosi  pertahanan Everton yang dibarisi John Heitinga dan penjaga gol, Tim Howard.

Gerard yang banyak membantu percapaian Liverpool sehingga ke tahap memberangsangkan.

Luis Suarez yang telah menjaringkan 17 gol dari 46 penampilan.


 Chelsea pula akan melayan kunjungan Totenham pada esok hari bagi menentukan siapa yang layak untuk perlawan akhir FA nanti. Prestasi memberangsangkan dari Torres dan pertahanan utuh, David Luiz pasti membantu dalam perlawanan nanti. Totenham juga merupakan kelab yang semakin menuju ke puncak prestasi dengan kehadiran pemain pinjaman, Adebayor di samping Gareth Bale dengan larian pantas.  Kita lihat apa keputusannya nanti antara dua perlawanan ini.



Torres di puncak prestasi dengan gol-gol yang menarik yang dihasilkan.

Gareth Bale dengan larian dan gol2 cantik

HANDPHONE

SONY XPERIA SOLA, penggunaan tanpa sentuhan?????

   Canggih bukan?? itulah teknologi baru yang diinspirasikan dalam SONY XPERIA SOLA. Kemungkinan ialah teknologi pertama di dunia. Teknologi yang dipanggil  Floating Touch Display membolehkan handphone diguna tanpa menyentuhnya. Hanya mengapungkan jari di atas skrin.



Inilah dimaksudkan dengan Floating Touch Display

   Menggunakan Dual Core 1 GHz NovaThor U8500 sebagai nadi, ia pasti memberikan prestasi maksimum bagi pengguna model ini.  Dengan memori dalaman sebesar 8GB (5GB dikhaskan untuk pengguna) disokong dengan 512 MB RAM memberi kelancaran yang efisyen dan tangkas.Di samping itu, Kad Slot juga menyokong sehingga 32 GB. Antara teknologi yang ada pada model ini ialah GPS, Bluetooth, WLAN dan NFC. 



    Kamera sebesar 5MP dengan pelbagai fungsi serta rakaman video HD 720P memberikan keselesaan dalam pengkongsian kenagan indah anda. Kekurangan pada model ini ialah tidak mempunyai kamera hadapan untuk panggilan video ketiga seperti Skype.



   Menggunakan Sistem Operasi Android V 2.3( Gingerbread) dan menjadi model pilihan naik taraf ke ICS 4.0 antara kelebihan penguna kerana platform ICS 4.0 banyak dinantikan oleh pengguna android. Harga yang mungkin ditawarkan bagi model ini dalam sekitar RM 1300. Pengguna Sony, jangan lepaskan peluang untuk milikinya.......

HANDPHONE

SAMSUNG GALAXY BEAM , terbina dengan projektor?????

    Samsung memperkenalkan satu lagi model terbaru, SAMSUNG I8530 GALAXY BEAM yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Satu kelebihan yang ada pada model ini ia dilengkapi dengan nHD projektor yang boleh digunakan dalam presentation , menonton wayang atau slide gambar. Paparan dari handphone amat jelas dan terang serta memberi kepuasan bagi pengguna.


  Model ini dijana dari Dual Core CPU  1 GHz Cortex A9 yang sering digunakan dalam model jenis Apple.  Dilengkapi dengan sistem GPS bagi navigasi, Bluetooth bagi penghantaran data serta WLAN untuk perkhidmatan internet. Di samping itu, memori dalaman sebesar 8 GB dengan RAM 768 MHz pasti memberi keselesaan dalam penyimpanan data. Kapasiti yang tidak mencukupi dapat diatasi dengan adanya Slot Kad Micro SD yang mampu sehingga 32 GB.



  Bagi yang sukakan pada foto, kamera sebesar 5 MP pasti membuatkan anda tersenyum dengan kualiti gambarnya. Bagi yang gemarkan sistem Video Call , kejelasan wajah pada paparan skrin di atas kamera hadapan sebesar 1.3 MP. Model ini juga menyokong rakaman penuh HD 720P.

   Sistem Android v 2.3.6 (Gingerbread) menjadi platform sistem operasi Galaxy Beam ini. Pengguna sistem android memudahkan pengguna dalam pencarian perisian dengan adanya Play Store yang disediakan oleh pihak Google sendiri.  Harga yang dijangka sekitar RM 200 lebih bedasarkan spefikasi pada model ini.

Friday 13 April 2012

HANDPHONE

NOKIA 808 PUREVIEW, raja kamera mengalahkan telefon pintar masa kini???


  Selain jenama telefon pintar yang lain, Nokia juga tidak terkecuali dalam mengeluarkan model terbaru. Model terbaru yang diberi nama Nokia 808 PureView merupakan antara calon yang akan memanjat carta dalam kualiti gambar terbaik. Ini kerana kamera dari model ini yang sebesar 41 MP!!!! ini merupakan model pertama yang mengeluarkan kamera sebesar ini.

  Menggunakan platform operasi Symbian Belle, ia merupakan sistem operasi terbaik dijanakan dengan 1.3GHz ARM 11. Memori dalaman sebesar 16 GB dan 512 RAM menjadikan platform terbaik bagi penyimpanan gambar yang diambil. Jika memori dalaman tidak mencukupi, model ini menyediakan slot kad Micro SD sehingga 32 GB sebagai alternatif lain. Walaupun dilengkapi dengan kamera sebesar 41 MP, kamera hadapan hanya menggunakan kamera VGA sahaja untuk panggilan video. Dilengkapi dengan skrin AMOLED dan CORNING GORILLA GLASS yang kebanyakan digunakan dalan telefon pintar Samsung membuatkan kualiti paparan yang cantik dan tahan lasak. 

 

   Dengan teknologi yang sama ada pada telefon pintar masa kini menjadikan ia pilihan dan harga ramalan sekitar RM 1,500 menjadikan antara telefon yang bakal dan mampu dimiliki oleh pengguna yang meminati fotografi....

HANDPHONE

SAMSUNG GALAXY S III dijana dengan processor Quad Core??

  Selepas kejayaan Galaxy S II dan Galaxy Tab, Samsung melangkah setapak lagi dengan pelancaran model terbaru, Samsung I9300 Galaxy S III yang lebih dikenali Galaxy S III. Model terkini yang dilengkapi processor Quad Core merupakan antara model yang bakal menarik minat seluruh peminat model Galaxy.


   Dengan Quad Core 1.5 GHz Exynos bagi prestasi maksimum di samping memori dalaman sebesar 16 GB dan 32 GB. Dengan RAM 1GB bagi melancarkan operasi sistem pada model ini dihiasai dengan skrin SUPER AMOLED yang jelas dan terang menjadikan seolah-olah gambar timbul pada permukaan skrin.  
 

  Reka bentuk senipis 8mm dan seberat 126 g pasti memberikan keselesaan pada pengguna model ini. Diadatangkan dengan operasi sistem terbaru dari Android, Ice Cream Sandwich 4.0 sebagai platform telefon pintar ini memberikan kelebihan dan tarikan kepada pengguna. Bagi kaki gambar, kamera sebesar 12 MP pasti akan membuatkan anda tersenyum tentang kualiti gambar yang terhasil. Untuk panggilan video, kamera 1.3 MP sebagai kamera hadapan memberikan anda keseronokan bersembang dengan orang tersayang.

  Dilengkapi dengan teknologi GPS, Bluetooth, Wlan dan Sensor seperti model telefon pintar lain menjadi pakej lengkap bagi pengguna memiliki SIII ini. Harga masih belum ditetapkan lagi tetapi kemungkinan dalam jangkaan dalam RM 2,100 berdasarkan dari spefikasi yang diberi. Jadi peminat Samsung, bolehlah mula menabung dari sekarang.........

Thursday 12 April 2012

HANDPHONE

XPERIA ION, ANTARA YANG BAKAL MENYAINGI XPERIA S?????

      Melihat kelebihan yang ada pada Xperia S membuatkan aku ingin mengenali satu lagi handphone yang mungkin akan dipasarkan di Malaysia dalam tahun ini, XPERIA ION. Dengan rekaan yang menarik dan moden menambahkan minat aku untuk selongkar model ini.

 Berikut adalah di antara spefikasi yang ada pada model ini ;

 Sistem Operasi    : ANDROID V 2.3 (GINGERBREAD)  
 CPU dan GPU     : Dual Core 1.5 GHz Qualcomm MSM8260 Snapdragon 
                              dan Adreno 220
Kamera             : 12 MP , 4000 x 3000 pixel dan kamera hadapan 1.3 MP  
                           di samping rakaman video HD 1080P  
Slot Kad            : Micro SD sehingga 32 GB 
Memori Dalaman: 16GB dengan 1 GB RAM 


  Itu adalah di antara spefikasi Xperia ION ini, Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti yang terdapat pada Xperia S. Kelebihannya ialah pada slot kad yang disediakan pada model ini berbanding Xperia S yang tertumpu pada memori dalaman. Mengikut perancangan awal, harga yang ditawarkan bagi model ini ialah sekitar RM 1800.  Kita lihatlah nanti berapa harag sebenar apabila masuk ke pasaran malaysia nanti.