Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Friday 13 April 2012

HANDPHONE

NOKIA 808 PUREVIEW, raja kamera mengalahkan telefon pintar masa kini???


  Selain jenama telefon pintar yang lain, Nokia juga tidak terkecuali dalam mengeluarkan model terbaru. Model terbaru yang diberi nama Nokia 808 PureView merupakan antara calon yang akan memanjat carta dalam kualiti gambar terbaik. Ini kerana kamera dari model ini yang sebesar 41 MP!!!! ini merupakan model pertama yang mengeluarkan kamera sebesar ini.

  Menggunakan platform operasi Symbian Belle, ia merupakan sistem operasi terbaik dijanakan dengan 1.3GHz ARM 11. Memori dalaman sebesar 16 GB dan 512 RAM menjadikan platform terbaik bagi penyimpanan gambar yang diambil. Jika memori dalaman tidak mencukupi, model ini menyediakan slot kad Micro SD sehingga 32 GB sebagai alternatif lain. Walaupun dilengkapi dengan kamera sebesar 41 MP, kamera hadapan hanya menggunakan kamera VGA sahaja untuk panggilan video. Dilengkapi dengan skrin AMOLED dan CORNING GORILLA GLASS yang kebanyakan digunakan dalan telefon pintar Samsung membuatkan kualiti paparan yang cantik dan tahan lasak. 

 

   Dengan teknologi yang sama ada pada telefon pintar masa kini menjadikan ia pilihan dan harga ramalan sekitar RM 1,500 menjadikan antara telefon yang bakal dan mampu dimiliki oleh pengguna yang meminati fotografi....

No comments: