Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

HANDPHONE

SONY XPERIA S, SMARTPHONE TERBARU DENGAN PAPARAN HD


    Baru beberapa hari di keluarkan , dah ada yang member yang pakai. Maklumlah ngam2 lagi bonus dah keluar kan???...hehehehe...Tapi memang tertarik dengan model terbaru dari SONY ni.....SONY XPERIA S yang lebih dikenali dengan NAZOMI atau ARC HD. Dengan reka bentuk yang elegen dan menarik membuatkan sesiapa jatuh cinta melihatnya....


   Dilengkapi CPU DUAL CORE berkelajuan 1.5 GHz menggunakan chipset Qualcomm MSM8260 Snapdragon  di samping GPU ADRENO 220. Selain itu, smartphone ini mempunyai memori dalaman sebesar 32 GB  disamping RAM 1GB , pasti masalah 'Hang' tidak dipersoalkan bagi pengguna model ini. Kekurangannya kerana slot kad tidak wujud di sebabkan memori dalaman yang besar. 



             Bagi yang gemar bergambar, dengan kamera 12 Megapixel pasti menghasilkan gambar yang berkualiti di samping rakaman video dalam bentuk HD 1080P. Teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine pasti membuat anda kagum apa yang anda lihat skrin seakan-akan timbul. Fungsi yang lain sama  seperti yang wujud pada smartphone kecuali Teknologi NFC (Near Field Communication) yang baru diperkenalkan dalam model ini memudahkan penghantaran data antara pemilik dan pengguna yang lain.

 
  Dengan harga RM 1,899 merupakan pelaburan yang berbaloi bagi seseorang pengguna yang gilakan musik , hidup dengan gambar dan video yang berkualiti serta perisian yang dijana oleh sistem Android yang mudah didapati dalam Play Store. Sony jugak telah merancang untuk menaik taraf Sistem Operasi Android versi 2.3 (Gingerbread) yang ada pada XPERIA S ini ke Ice Cream Sandwich 4.0 tidak lama lagi.. Jadi apa kata anda??? dah terpikat.......:)

No comments: