Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

BOLA SEPAK

MANCHESTER CITY VS NOWRICH CITY, Adakah kemerosotan City berterusan??

   Dalam usaha pemburuan carta liga yang kini di monopoli oleh Manchester United masih ' ada harapan' sekiranya City memenangi perlawanan malam ini menentang Norwich City. Kelab kaya Inggeris ini yang hampir memiliki pemain yang berbakat dan berstatus bintang mengalami kemerosotan walaupun bermula dengan baik pada awal musim. 

   Dengan pengantungan Carlos Tevez dan Mario yang sentiasa mnjadi tumpuan nampak menganggu tumpuan kelab ini sehingga dipintas oleh juara bertahan, Manchester United. Kelab kembali stabil apabila Tevez kembali bermain selepas mengakui kesilapan yang dilakukan. Sumbangan gol Tevez pada perlawanan menentang West Brom dengan kemenangan bergaya 4-0 pasti menyuntik semangat anak buah Roberto Mancini ini. Jika kemenangan milik City, pemburuan tangga liga pasti lebih sengit dan menambah tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United.

Tevez yang telah kembali ke dalam skuad selepas bertelagah dengan pengurus.


   Perlawanan malam antara dua pasukan ini dilangsung tanpa kehadiran pemain bermasalah, Mario Balotelli yang digantung perlawanan apabila dikenakan kad merah ketika perlawanan menyaksikan City tumpas 1-0 kepada Arsenal.  Perlawanan antara Manchester City vs Norwich City akan disiar siaran langsung jam 7.45 malam di Astro Supersport 817.

Pemain bermasalah, Mario Balotelli tidak akan bermain malam ini kerana pengantungan.