Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Tuesday 17 April 2012

BOLA SEPAK

CHELSEA MENGANAS LAGI, MARA KE FINAL FA........

    Perlawanan separuh akhir menyaksikan Chelsea menentang Totenham. Chelsea yang dikendali oleh pengurus sementara, Roberto di Matteo dibarisi oleh  Cech (GK), Bosingwa (LB), David Luiz (CB), John Terry(CB), Ashley Cole(LB), Lampard ( CMF), Ramires(RMF), Juan Mata (AMF), Mikel (CMF), Drogba (CF) dan Kalou (LMF). Dengan meletakkan Drogba sebagai penyerang tunggal di bantu oleh Juan Mata banyak mencipta peluang-peluang cantik dan menarik.

Skill menarik dari Drogba


    Gol pertama dihasilkan oleh Drogba dengan skill yang mengelirukan pihak lawan dan menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Totenham, Cudicini. Selepas itu, serangan banyak dilakukan dari pihak lawan. Totenham menjaringkan gol atas kesilapan pemain Chelsea dan kecederaan yang dialami David Luiz. Gol menerusi gerakan cantik dari Adebayor yang hampir menewaskan penjaga gol Chelsea, Cech sebelum disudahkan oleh Gareth Bale yang memaksa Chelsea teringkat 1-1.

Jaringan pantas dari Gareth Bale


   Gol Kedua Chelsea hadir dari jaringan kontroversi Juan Mata yang ternyata tidak melepasi garisan tiang gol. Walaupun John Terry menjatuhkan pertahanan Totenham dan penjaga gol tapi tiada sebarang tindakan dari pengadil. Gol itu disahkan oleh pengadil dan merasakan rasa kurang puas hati dari pasukan Totenham.

Gol kontroversi dari Juan Mata
   Tekanan dari keputusan pengadil ternyata memudaratkan anak buah Harry Redknapp nie apabila dihukum dari gol cantik Ramires dengan 'mencungkil' bola melepasi penjaga gol Totenham  hasil umpanan Juan Mata  mengikat peluang Chelsea 3-1.

   Gol keempat hadir dari tendangan percuma cantik dari 'Super Frank' , Frank Lampard yang tepat ke kanan gol. Dan minit-minit terakhir, Malouda menambah koleksi gol kelima untuk Chelsea . Perlawanan separuh akhir berpihak pada Chelsea dengan 5 berbalas 1. Chelsea akan berdepan perlawan akhir menentang Liverpool 5 Mei nanti. Siapa akan memegang 'title' juara kali ini?? kita nantikan.......

Kelab manakah akan memegang title juara FA antara 2 pemain bernombor 8 ini?? Kita nantikan.....

No comments: