Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Friday 13 April 2012

HANDPHONE

SAMSUNG GALAXY S III dijana dengan processor Quad Core??

  Selepas kejayaan Galaxy S II dan Galaxy Tab, Samsung melangkah setapak lagi dengan pelancaran model terbaru, Samsung I9300 Galaxy S III yang lebih dikenali Galaxy S III. Model terkini yang dilengkapi processor Quad Core merupakan antara model yang bakal menarik minat seluruh peminat model Galaxy.


   Dengan Quad Core 1.5 GHz Exynos bagi prestasi maksimum di samping memori dalaman sebesar 16 GB dan 32 GB. Dengan RAM 1GB bagi melancarkan operasi sistem pada model ini dihiasai dengan skrin SUPER AMOLED yang jelas dan terang menjadikan seolah-olah gambar timbul pada permukaan skrin.  
 

  Reka bentuk senipis 8mm dan seberat 126 g pasti memberikan keselesaan pada pengguna model ini. Diadatangkan dengan operasi sistem terbaru dari Android, Ice Cream Sandwich 4.0 sebagai platform telefon pintar ini memberikan kelebihan dan tarikan kepada pengguna. Bagi kaki gambar, kamera sebesar 12 MP pasti akan membuatkan anda tersenyum tentang kualiti gambar yang terhasil. Untuk panggilan video, kamera 1.3 MP sebagai kamera hadapan memberikan anda keseronokan bersembang dengan orang tersayang.

  Dilengkapi dengan teknologi GPS, Bluetooth, Wlan dan Sensor seperti model telefon pintar lain menjadi pakej lengkap bagi pengguna memiliki SIII ini. Harga masih belum ditetapkan lagi tetapi kemungkinan dalam jangkaan dalam RM 2,100 berdasarkan dari spefikasi yang diberi. Jadi peminat Samsung, bolehlah mula menabung dari sekarang.........

No comments: