Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Saturday 14 April 2012

HANDPHONE

SAMSUNG GALAXY BEAM , terbina dengan projektor?????

    Samsung memperkenalkan satu lagi model terbaru, SAMSUNG I8530 GALAXY BEAM yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Satu kelebihan yang ada pada model ini ia dilengkapi dengan nHD projektor yang boleh digunakan dalam presentation , menonton wayang atau slide gambar. Paparan dari handphone amat jelas dan terang serta memberi kepuasan bagi pengguna.


  Model ini dijana dari Dual Core CPU  1 GHz Cortex A9 yang sering digunakan dalam model jenis Apple.  Dilengkapi dengan sistem GPS bagi navigasi, Bluetooth bagi penghantaran data serta WLAN untuk perkhidmatan internet. Di samping itu, memori dalaman sebesar 8 GB dengan RAM 768 MHz pasti memberi keselesaan dalam penyimpanan data. Kapasiti yang tidak mencukupi dapat diatasi dengan adanya Slot Kad Micro SD yang mampu sehingga 32 GB.



  Bagi yang sukakan pada foto, kamera sebesar 5 MP pasti membuatkan anda tersenyum dengan kualiti gambarnya. Bagi yang gemarkan sistem Video Call , kejelasan wajah pada paparan skrin di atas kamera hadapan sebesar 1.3 MP. Model ini juga menyokong rakaman penuh HD 720P.

   Sistem Android v 2.3.6 (Gingerbread) menjadi platform sistem operasi Galaxy Beam ini. Pengguna sistem android memudahkan pengguna dalam pencarian perisian dengan adanya Play Store yang disediakan oleh pihak Google sendiri.  Harga yang dijangka sekitar RM 200 lebih bedasarkan spefikasi pada model ini.

No comments: