Selamat Datang ke AKU INSAN BIASA....Sila hantar komen untuk penambahbaikan......

Followers

Saturday 14 April 2012

HANDPHONE

SONY XPERIA SOLA, penggunaan tanpa sentuhan?????

   Canggih bukan?? itulah teknologi baru yang diinspirasikan dalam SONY XPERIA SOLA. Kemungkinan ialah teknologi pertama di dunia. Teknologi yang dipanggil  Floating Touch Display membolehkan handphone diguna tanpa menyentuhnya. Hanya mengapungkan jari di atas skrin.



Inilah dimaksudkan dengan Floating Touch Display

   Menggunakan Dual Core 1 GHz NovaThor U8500 sebagai nadi, ia pasti memberikan prestasi maksimum bagi pengguna model ini.  Dengan memori dalaman sebesar 8GB (5GB dikhaskan untuk pengguna) disokong dengan 512 MB RAM memberi kelancaran yang efisyen dan tangkas.Di samping itu, Kad Slot juga menyokong sehingga 32 GB. Antara teknologi yang ada pada model ini ialah GPS, Bluetooth, WLAN dan NFC. 



    Kamera sebesar 5MP dengan pelbagai fungsi serta rakaman video HD 720P memberikan keselesaan dalam pengkongsian kenagan indah anda. Kekurangan pada model ini ialah tidak mempunyai kamera hadapan untuk panggilan video ketiga seperti Skype.



   Menggunakan Sistem Operasi Android V 2.3( Gingerbread) dan menjadi model pilihan naik taraf ke ICS 4.0 antara kelebihan penguna kerana platform ICS 4.0 banyak dinantikan oleh pengguna android. Harga yang mungkin ditawarkan bagi model ini dalam sekitar RM 1300. Pengguna Sony, jangan lepaskan peluang untuk milikinya.......

No comments: